Tuesday, July 7, 2009

Berjinak-jinak dengan Multimedia

Saya terhutang budi kepada Unit Pendidikan Islam PPD Gombak yang telah menganjurkan kursus asas multimedia. Fasilitator kami: Us Asri, guru Pendidikan Islam di SMK Sg Pusu Gombak.


Kami didedahkan kepada Microsoft Powerpoint. Sekarang perisian ini nampak mudah. Tapi
semasa mula-mula belajar, khasnya fungsi animasinya, agak kucar-kacir juga kepala.

Kursus tersebut menjadi pencetus kepada obsesi saya terhadap Powerpoint. Sampai jam 3, 4 pagi saya tidak tidur, untuk buat
bahan persembahan untuk memperkenalkan SBPI Rawang
yang baru ini. Saya berjaya menyiapkan 2 versi presentasi SBPI Rawang.


Saya juga menggunakan pengetahuan baru saya untuk membina bahan multimedia untuk P&P Bahasa Arab. Ada rakan-rakan guru BA yang membeli bahan berkenaan untuk digunakan di sekolah mereka.



Saya juga berjaya menyiapkan cd "Membina Bahan P&P Interaktif Menggunakan Microsoft Powerpoint: Langkah Demi Langkah". Bahan ini menjadi asas kepada kursus dalaman "in-house" yang saya kendalikan untuk guru-guru SBPI Rawang.



Alhamdulillah.

Friday, July 3, 2009

Panel Penemuduga Fasilitator Schoolnet

Saya dilantik sebagai penemuduga fasilitator schoolnet. program ini adalah sebahagian daripada pakej ransangan ekonomi yang diperkenalkan oleh kerajaan.
saya dipertanggungkawabkan untuk menemuduga calon di kota kinabalu sabah. seramai 50 calon hadir sepanjang 2 hari tersebut. seramai 11 orang telah kami pilih.