Friday, January 30, 2009

Satu Permulaan

Blog ini adalah hasil  cadangan KPP saya dalam satu mesyuarat kecil sektor PKICT. Dalam ucapannya, KPP mencadangkan setiap pegawai merekodkan, dalam apa sahaja bentuk, pencapaian kerjayanya secara bulanan. Kalau nak dikumpul hingga hujung tahu, banyak sangat nak ingat. Sukar, katanya. Nanti banyak pula yang terlepas.
Saya terfikir, kalau ditulis dalam komputer, atau di atas kertas, mudah hilang pula. Silap-silap, bila pindah tempat, maklumat itu tertinggal terus dalam komputer lama.
Penyelesaian terbaik, pada pandangan  saya, adalah blog. Di mana sahaja, saya boleh masukkan pencapaian dan aktiviti saya. Termasuk 'outstation'. Gambarpun boleh dimasukkan sekali.
Nanti semasa LNPT, saya cetak dan lampirkan sekali SKT saya.
Senangkan? Yang penting komitmen dan istiqamah saya.
Tetapi tidak semua kerja saya dimasukkan. Kalau berada di pejabat, menulis memo kepada sipolan bin sipolan, meminjamkan LCD kepada sipolan bin sipolan, pun nak tulis juga, tak sesuailah begitu.
Insya-Allah saya akan masukkan pencapaian-pencapaian penting sahaja. Yang boleh dinilai, di dunia, dan lebih penting, di akhirat nanti.
Satu permulaan yang baik untuk 2009. Semoga berterusan hingga pencen... amin