Tuesday, May 18, 2010

Hari Terakhir di BPSH


Hari terakhir di BPSH. Gambar bilik, gambar dengan rakan sepejabat.

Thursday, May 13, 2010

Ke IPGM Induk

Mulai 1 Mei 2010, saya ditawarkan bertugas sebagai Pegawai Khas kepada Y.Bhg. Datuk Dr. Haili Dolhan, Rektor Institut Pendidikan Guru Induk di Cyberjaya.

Saya mohon tangguh sehingga 10 Mei untuk selesaikan kerja di BPSH.

10 Mei saya daftar di Cyberjaya.

Alhamdulillah.

Tuesday, July 7, 2009

Berjinak-jinak dengan Multimedia

Saya terhutang budi kepada Unit Pendidikan Islam PPD Gombak yang telah menganjurkan kursus asas multimedia. Fasilitator kami: Us Asri, guru Pendidikan Islam di SMK Sg Pusu Gombak.


Kami didedahkan kepada Microsoft Powerpoint. Sekarang perisian ini nampak mudah. Tapi
semasa mula-mula belajar, khasnya fungsi animasinya, agak kucar-kacir juga kepala.

Kursus tersebut menjadi pencetus kepada obsesi saya terhadap Powerpoint. Sampai jam 3, 4 pagi saya tidak tidur, untuk buat
bahan persembahan untuk memperkenalkan SBPI Rawang
yang baru ini. Saya berjaya menyiapkan 2 versi presentasi SBPI Rawang.


Saya juga menggunakan pengetahuan baru saya untuk membina bahan multimedia untuk P&P Bahasa Arab. Ada rakan-rakan guru BA yang membeli bahan berkenaan untuk digunakan di sekolah mereka.



Saya juga berjaya menyiapkan cd "Membina Bahan P&P Interaktif Menggunakan Microsoft Powerpoint: Langkah Demi Langkah". Bahan ini menjadi asas kepada kursus dalaman "in-house" yang saya kendalikan untuk guru-guru SBPI Rawang.



Alhamdulillah.

Friday, July 3, 2009

Panel Penemuduga Fasilitator Schoolnet

Saya dilantik sebagai penemuduga fasilitator schoolnet. program ini adalah sebahagian daripada pakej ransangan ekonomi yang diperkenalkan oleh kerajaan.
saya dipertanggungkawabkan untuk menemuduga calon di kota kinabalu sabah. seramai 50 calon hadir sepanjang 2 hari tersebut. seramai 11 orang telah kami pilih.

Tuesday, March 24, 2009

Hakim Kejohanan Memanah SBP Kebangsaan Ke-4 2009




Kejohanan Memanah SBP Kebangsaan Ke-4 Tahun 2009 telah berlangsung di SMS Tengku Abdullah Raub Pahang (SEMESTA) pada 20-23 Mac 2009.

Saya berbesar hati kerana dilantik sebagai hakim kejohanan berkenaan.

Dalam kejohanan ini, SDAR telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan lelaki manakala SMAP Labu sebagai juara keseluruhan perempuan. Kedua-dua sekolah tersebut membawa pulang Piala Pusingan Dato' Salleh bin Mohd Hussein dan Datin Hamizan bt Marsidi.

Wednesday, March 4, 2009

MSS Selangor & MSSM

Sayuti sekarang di Mesir. Ambil Medic di sana. Balik jadi doktor insya-Allah.
Gambar masa raya. Dengan anak-anak murid SEPINTAR yang juga di Mesir.


Sayuti terpilih mewakili Gombak dalam kejohanan MSS Selangor 2005 yang berlangsung di SBPI Sabak Bernam.

Saya terlibat sama sebagai jurulatih.

Dalam acara Pusingan Olimpik, Sayuti berjaya sampai ke peringkat dua peserta terbaik, menentukan emas dan perak. Dia dikalahkan dengan mata yang amat rapat.

Sebagai salah seorang pemanah terbaik Selangor, Sayuti terpilih mewakili Selangor. Kejohanan MSSM tahun berkenaan dilangsungkan di Kota Kinabalu.

Sayuti menduduki tempat keempat dari segi pungutan mata individu keseluruhan untuk kategori 18 tahun.

Alhamdulillah.


Tuesday, March 3, 2009

Pengurus Pasukan Memanah Selangor Ke MSSM


Pada tahun 2004, Gombak terpilih menjadi tuan rumah Kejohanan Memanah MSSM. Kejohanan berlangsung di SMT Gombak, Jalan Sg Pusu.

Saya diamanahkan menjadi pengurus pasukan MSS Selangor.

Selangor menduduki tempat keempat dalam kejohanan berkenaan.